Monday, March 12, 2012

boleh hati aku merintih?

kalau hati ini boleh merintih..
dan kalau mereka-mereka di keliling aku boleh mendengar..
aku mahu semua tahu apa isi hati aku
aku mahu semua tahu calar balar di hatiku

setiap masalah ALLAH bagi pada kita
supaya kita kuat
supaya kita sedar dunia ini hanya pinjaman
supaya kite sedar tidak selalu kita di atas
supaya kita sedar apa itu kesabaran

tapi..
kadang-kadang aku perlukan mereka-mereka untuk mendengar apa aku rasa
kerana kadang-kadang aku cukup penat untuk sentiasa memahami
kerana kadang-kadang aku penat untuk mengetahui
kerana kadang-kadang aku rapuh bila aku yang perlu berperanan untuk memahami segalanya

*pss..merintih bukan caranya..aku tahu berdoa pada-NYA adalah yang terbaik.