Monday, July 2, 2012

.andai itu takdirnya.

yep..ni tajuk novel yang aku suka baca masa zaman muda mudi dulu.
boleh google kalo nak tahu sinopsisnya yang buat aku menangis juga bila membaca.mungkin terlalu menghayati.

tapi aku bukan nak cerita pasal novel tu..

tuhan andai itu takdirnya
aku redha
andai dia tidak tercipta untukku
akan aku kuat menerima qada dan qadar mu

tuhan andai itu takdirnya
telah aku jujur padanya
segala apa aku rasa
tapi kenapa
aku tidak rasa senangnya
kenapa aku takut kehilangannya
sedangkan aku tahu
kata-kataku telah membuat dia terluka

tuhan andai itu takdirnya
berikan aku petunjuk
berikan dia petunjuk
agar kelak keputusan
kami tidak melukakan
agar kelak keputusan
kami tidak membebankan
agar kelak keputusan
kami tidak menjadikan kami musuh

tuhan andai itu takdirnya
semoga aku masih berharap
agar ada cahaya untuk kami
agar ada masa untuk kami
agar ada tujuan untuk masa depan kami

tuhan andai itu takdirnya..
kuatkan lah hati kami..

*pss...walau berat mana pun akan aku harungi.kerana kata-kata ku mungkin telah melukakan nya untuk selamanya.. maaf ikhlas dari hati aku..kerana aku tidak pandai menyusun kata bila aku bersuara dan mungkin engkau tidak faham dan mengerti apa aku rasa :')