Monday, December 19, 2011

otak.tangan.hati.bergerak.seiring.

malam sejuk
hati menjeruk
tangan menggaruk
otak terperuk

malam ni tangan otak dan hati aku bergerak seiring..laju berputar xberhenti.terus ke google dan mencari blog "kata hati"
aku xupdate selalu..kerana kadang hati lagi suka untuk menjeruk segala apa yang di rasa
tapi malam ni..mungkin akibat keadaan hormon yang tak seimbang..
aku xpandai meluah dengan kata-kata..dan aku xkesah dengan apa orang nak kata..
ini "kata hati" aku..jadi aku punya suka lah

aku suka layan blog..membaca apa yang perlu..tp kadang2 xperlu pon aku baca..
aku jumpa blog yang suka menggunakan pengalaman orang lain..lalu di jadi kan cerita dengan ayat2 yg sedap smp hati aku mudah tersentuh bila membaca nya..
sebab kadang2 apa di cerita seakan apa aku alami
cuma aku masih belum mampu mengaku apa yang terjadi di sebalik semua ini.
mulut kata redha..tapi hati menjeruk dan terperuk sehingga terkadang aku rasa..aku sudah tidak punya diri nya lagi
tapi keputusan dan perbincangan di lakukan bersama dan aku cube menelan walau pun di wajah dan hati aku semua nya dusta.
kadang2 aku jadi terlalu berdikari dan itu membuat aku risau kerana saban waktu aku seakan terlupa akan apa yang sepatutnya ada untuk kami.
berdikari buat aku berdiri tanpa ada dia walau terkadang aku rase kekurangan nya
cuma hati tangan dan otak tak mampu membuat apa2..

dikatakan ini yang terbaik..
dikatakan ini dapat membantu memahami..
dikatakan ini kerana sayang..
dikatakan ini untuk menambah rindu..

tapi disebalik apa yang dikatakan..aku sedikit nanar kerana aku mungkin tak mampu bertahan lagi..
bagaimana untuk aku hadapi..
aku sendiri menanti jawapan yang belum pasti..

No comments:

Post a Comment