Thursday, February 16, 2012

.suri.rumah.

hari ini bangun dengan sangat awal..awal bagi aku la..sebab kena jadi suri rumah
macam biasa rutin aku..cuma hari ini ada tambahan sebab kena memasak..
ya..jangan tak percaya ok..aku memasak..
walaupun memasak bukan sesuatu yang aku minat..
tapi dalam masayrakat kita..adat kita..memasak itu peranan yang di mainkan oleh seorang wanita..
bagi orang tua-tua pulak..anak gadis bagi mereka kena ada persediaan memasak kalau nak dapat "greenlight" kahwin..
tapi itu bagi pendapat orang lama-lama ya..

bagi aku..bukan nak kata aku bagus..walaupun aku bukan la handal memasak..
sebab bagi aku zaman sekarang..banyak wanita berkerjaya yang melakukan dua tugas dalam satu masa..
tugas di pejabat dan tugas melayan suami..
jadi tak salah bagi lelaki untuk membantu sama-sama turun ke dapur dan memasak untuk sama-sama meringankan kerja wanita itu..
kerana bagi aku..bila begitu..hubungan akan lagi erat..
lagi pun memasak tak perlu kan "degree"..jadi takkan ada masalah rasa nya di sini

tapi entry aku bukan nak bercerita pasal peranan wanita atau lelaki..
aku nak cerita pasal rutin cuti aku
walaupun kedengaran agak bosan
tapi aku puas begini..mungkin kebanyakkan student macam aku time cuti akan cari pengalaman berkerja..
ya aku pun mahu begitu..tapi di sebabkan selalu mendapat "red light" dari orang atasan..aku pun tak lagi meminta untuk berkerja..

rutin aku sama setiap hari..tapi aku masih boleh tersenyum puas dengan rutin aku..
sebab aku tahu..kalau aku start buka buku..aku takkan mampu uruskan hal-hal kecil seperti mengemas,mencuci,memasak dan yang terbaru aku dah pandai menjahit!haha..sesuatu yang baru bukan?

tapi cukup la aku buat begini untuk mengisi hari-hari cuti aku..kerana bila aku bergelar GRADUAN..aku mungkin tak akan begini sepenuhnya..

walaupun menjadi suri rumah itu bosan bagi sesetengah wanita..tapi bagi aku..aku lihat sebagai sesuatu yang mencabar kerana bukan mudah untuk melakukannya kalau tiada kesabaran yang tinggi.

dan bagi wanita berkerjaya..aku tabik spring pada mereka!kerana mereka mampu menguruskan masa mereka..macam ibu aku yang tiap-tiap pagi bangun seawal 5pagi..menyiapkan sarapan dan memasak untuk makanan tenghari..
malam balik ke rumah rutin mengemas,membasuh dan melipat baju.
tanggungjawab yang ibu tunjuk buat aku mahu jadi sepertinya yang mampu membahagi masa kerja dan masa di rumah!:)

*pss..sebelum aku bertambah merepek..aku nak beritahu...aku enjoy cuti aku..sebab aku boleh tido puas-puas..;)

No comments:

Post a Comment